WargaBiz

Malaysia's Fastest Growing Business
and Lifestyle Digital Media Platform
For Usahawan

  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Posba Award
No Result
View All Result
WargaBiz

Malaysia's Fastest Growing Business
and Lifestyle Digital Media Platform
For Usahawan

  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Posba Award
No Result
View All Result
WargaBiz

Malaysia's Fastest Growing Business
and Lifestyle Digital Media Platform
For Usahawan

No Result
View All Result
From Realtor to Selling Luxury Watches, Kontime Sets Up 6 Outlets In 2 Years

Kontime Luxury Watches

  TRENDING
Higher Costs, Fixed Tenure: Malaysia’s New Rules for Expatriate Employment 19/01/2026
A Feng Shui Guide to F&B Survival and Growth in 2026 16/01/2026
TikTok Trends in Malaysia 2026: 15 Ideas That Actually Work for Businesses 15/01/2026
Up to RM50,000 Available, Agropreneur NextGen 2026 Is Now Open 14/01/2026
Meet Prof Dr Rosnah, the Queen of Machines Powering Malaysia’s SME 13/01/2026
Next
Prev

Dari Perunding Hartanah Kini Usahawan Jam Tangan Mewah, Kontime

Pengasas Kontime Luxury Watches, Niko Kwon dan Alan Soong, tidak pernah menyangka bahawa perniagaan mereka akan berkembang maju walau ketika negara berhadapan dengan krisis COVID-19 baru-baru ini.

in Usahawan
02/03/2023
Reading Time: 5 mins read
A A
204
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai cabaran sentiasa perlu mereka harungi demi memastikan perniagaan mereka terus berkembang. WargaBiz sempat menemubual Niko untuk mengetahui lebih lanjut akan kisah jatuh bangun beliau dalam kariernya dan bagaimana kesungguhan beliau dalam mencapai cita-citanya.

Industri jam tangan mewah adalah sebuah industri yang amat dinamik dan syarikat terlibat perlu bijak menyesuaikan citarasa pelanggan mengikut peredaran masa atau mereka akan berdepan risiko ketinggalan dalam arus citarasa masa kini. Cabaran untuk terus kekal dan tingkatkan usaha dalam tempoh tiga tahun, terutama semasa tempoh pandemik adalah sesuatu yang amat mencabar.

Niko Kwan dan Alan Soong percaya kejayaan tidak datang bergolek, tetapi manisnya kejayaan itu adalah bagi mereka yang sanggup mengharungi setiap cabaran dengan penuh tabah.

Pasti ramai sudah mengetahui bahawa jam tangan mewah adalah lambang kerja tangan yang berseni halus dan berkualiti tinggi. Seutas jam tangan mewah sentiasa dikaitkan dengan lambang status seseorang sejak dari dahulu lagi dan sering dijadikan tanda aras akan ketinggian citarasa, lambang keunggulan dan kemewahan si pemakai.

Pada pendapat Niko, memiliki koleksi jam tangan mewah bukan lagi terhad kepada golongan yang berusia. Malah, ianya sudah berubah menjadi trend pada masa kini untuk golongan muda, berkemampuan dan mempunyai citarasa fesyen yang tinggi.

Beliau percaya bahawa perubahan trend ini menunjukkan anak muda yang sedikit sebanyak sudah didedahkan dengan pelaburan yang bijak. Berbekalkan minat yang mendalam dalam industri ini, Niko dan Alan nekad mengubah laluan kerjaya mereka dari perunding hartanah kepada usahawan jam tangan mewah.

“Profil pelanggan kami terdiri daripada mereka yang berusia 24 tahun hinggalah kepada yang berusia 70 tahun. Kebanyakkan mereka menjadikan jam tangan mewah sebagai suatu bentuk pelaburan dan menyimpannya sebagai aset,” ujar pengasas kepada Kontime Luxury Watch.

Kontime Luxury Watch: Permintaan terhadap jam tangan mewah semakin meningkat

kontime

Sejurus selepas beberapa bulan menyewa lot kedai pertama mereka di Berjaya Times Square, negara dilanda krisis COVID-19 dimana kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa itu, Kontime pula telah menempah lebih dari 100 utas jam tangan mewah. Mereka tiada pilihan selain daripada menjual barangan mereka secara atas talian iaitu dengan memanfaatkan fungsi Facebook live. Langkah ini terpaksa diambil memandangkan Kontime masih baharu dalam industri ini.

“Tatkala kebanyakkan bisnes mengalami kejatuhan sewaktu PKP, jualan kami secara perlahan-lahan meningkat naik. Kami berterima kasih kepada pelanggan yang sedikit demi sedikit percaya kepada kami. Pastinya terdapat pelanggan yang cerewet tetapi kami sentiasa mendengar akan kemahuan mereka dan membuat penghantaran barangan tepat pada masa seperti yang dikehendaki.” cerita beliau.

Menurut Niko, kecekalan dan kesungguhan adalah kunci kepada sesuatu kejayaan dalam perniagaan. Beliau mengimbau semula bagaimana terpaksa membalas setiap pesanan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sepanjang hari hinggalah ke malam dan dalam masa yang sama melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Harga berpatutan adalah kunci utama buat Kontime

Ada ketikanya kami membeli jam tangan dari pembekal pada harga yang tinggi mengikut harga pasaran, namun sewaktu menerima pesanan daripada pelanggan, harga jam tangan tersebut telah jatuh mengikut harga pasaran semasa.

“Mahu tidak mahu, kami perlu menjual jam tangan tersebut pada harga pasaran semasa dan perlu bersikap wajar serta melayan pelanggan kami dengan adil. Kami beruntung kerana mendapat pelanggan yang baik dan perniagaan kami terus berkembang maju. Sehingga kini, kami telah berjaya membuka 6 cawangan meskipun di sebalik kesukaran yang kami hadapi,  kami berusaha bersungguh-sungguh dan berkerja keras demi memastikan kejayaan kami,” tambah beliau lagi.

“Pada kebiasaannya, kami akan mengambil pendahuluan sebanyak 10% daripada pelanggan sebaik mereka bersetuju dengan barangan yang hendak dibeli dan kami memastikan penghantaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari. Kami sebenarnya lebih suka berurusan di kedai kerana pelanggan turut akan rasa lebih selamat di sana,” jelas beliau.

Beliau turut berkongsi pandangan akan kesukaran melatih pekerjanya kerana setiap individu adalah berbeza, terutama dalam mengendalikan jam tangan mewah. “Kami turut berdepan masalah dengan pekerja yang mengkhianati kami, perniagaan kami berurusan dengan jumlah wang yang besar dan jam tangan autentik. Oleh itu, jika ada antara mereka terpedaya dengan gaya hidup mewah lalu mencuri jam tangan tersebut, pastinya ini akan menimbulkan masalah kepada kami,” kongsi beliau lagi.

Mengintai peluang perniagaan dan pelaburan

kontime

Sehingga hari ini, Kontime memiliki 6 cawangan termasuk 1 cawangan di Hong Kong dengan lebih 20 orang pekerja, dan juga lebih daripada 20 orang agen yang turut berkerjasama sebagai satu kumpulan untuk memastikan kejayaan perniagaan Kontime.

“Selama beberapa tahun, saya telah melatih mereka bagaimana untuk menilai ketulenan sesuatu jam tangan dan bag berjenama mewah dan juga perkara-perkara penting apabila berurusan dengan pelanggan. Saya sentiasa teliti dalam memilih pekerja saya yang benar-benar memiliki karakter menarik dan sikap yang baik sebelum melatih mereka sebaiknya.”

Apabila tiba masanya , Niko bersama pengasasnya akan menceburi pula dalam industri automobil, seperti kereta mewah dan kereta sport. 

Ini akan menjadi perancangan kami dalam tempoh 5 tahun akan datang, dan kami bercadang untuk melebarkan sayap kami dalam industri kereta mewah dan kereta sport. Kami berharap untuk mendapatkan ruang niaga yang lebih besar di KL agar kami dapat menyediakan satu hub bagi memudahkan pelanggan kami boleh berkunjung dan memilih barangan yang disukai samada bag mewah, jam tangan mahu pun kereta yang mereka suka di bawah satu bumbung,” ujar beliau menamatkan perbualan.

Kontime Luxury Watch
Address: Berjaya Times Square, 0621, 6th Floor, 1,
Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
Facebook: kontimekl

Read the English version here “From Realtor to Selling Luxury Watches, Kontime Sets Up 6 Outlets In 2 Years“

Share82Tweet51
Previous Post

Did You Know The Youngest EPF Millionaire Was A Male Aged 20-24?

Next Post

These Are The Personal Income Tax Reliefs You Can Claim In 2023

Discussion about this post

Also Read

Rimba Warisan Bukti Syarikat Kecil Mampu Mendapatkan Projek Besar

Rimba Warisan Bukti Syarikat Kecil Mampu Mendapatkan Projek Besar

3 years ago

About WargaBiz

WargaBiz is Malaysia’s first exclusive one-stop digital business platform to provide comprehensive coverage on start-ups and SMEs helmed by the Usahawan.

Read our full story.

  • About
  • Terms of Use
  • Privacy Policy
  • Job Opportunities
  • Contact Us

WargabizWargaLife

Designed by H

No Result
View All Result
  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Posba Award

© 2024
WargaBiz Sdn Bhd - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this?
Contact H

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist