WargaBiz
  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Pinnacle
    • Pinnacle of Success Business Award
    • Pinnacle Book of Fame
No Result
View All Result
WargaBiz
  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Pinnacle
    • Pinnacle of Success Business Award
    • Pinnacle Book of Fame
No Result
View All Result
WargaBiz
No Result
View All Result
Rimba Warisan Bukti Syarikat Kecil Mampu Mendapatkan Projek Besar
  TRENDING
Doughrian: The Innovative Bread Made From Durian Seeds By UPM Students 17/07/2026
PM Anwar: KWAP Was Deceived Into RM200 Million eFishery Investment 16/07/2026
Vuitton Pang, The Mamee Heir Who Walked Away To Build emart24 15/07/2026
alrajhi bank Malaysia Expands Retail Banking Business with New Visa Credit Cards 14/07/2026
Thinking Of Applying For The New Basic Credit Card? Read This First 14/07/2026
Next
Prev

Rimba Warisan Bukti Syarikat Kecil Mampu Mendapatkan Projek Besar

Rimba Warisan Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Ogos 2017 adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan pelbagai jenis barangan keperluan kepada agensi kerajaan seperti perabot dan uniform korporat.

in Usahawan
06/12/2022
Reading Time: 5 mins read
A A
326
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pelukis pelan di sebuah firma arkitek dan didedahkan kepada bagaimana proses tender dilaksanakan, Nurfitrisari Binti Mustafa akhirnya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih jauh ke hadapan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Rimba Warisan Sdn Bhd.

Rimba Warisan Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Ogos 2017 adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengeluar, menyedia dan membekalkan pelbagai jenis barangan keperluan kepada agensi kerajaan seperti perabot dan uniform korporat.

“Pada 2017, saya sudah bertekad dan bersedia untuk menubuhkan syarikat saya sendiri setelah yakin dengan pengalaman luas yang saya pelajari selama bertahun-tahun mengenai selok-belok penyediaan tender. Selain daripada itu, saya sentiasa memasang impian untuk menjadi seorang usahawan kerana bidang keusahawanan dan perniagaan sentiasa menjadi keutamaan dan minat saya.” ujar Nurfitrrisari.

Projek Sulung Rimba Warisan

Menurut Nurfitrrisari, pengalaman membekal dan menyediakan barangan keperluan seperti yang diperlukan oleh agensi kerajaan penuh dengan cerita pahit manisnya tersendiri. Walau bagaimanapun, kesungguhan dan dorongan motivasi diri menjadikan beliau terus kekal bersemangat berdiri teguh dalam bidang ini.

“Seingat saya, tender kerajaan pertama yang saya terima adalah membekalkan perabot pejabat untuk Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 2017, ini adalah pada tahun pertama penubuhan syarikat saya.

“Ketika itu, Syarikat Rimba Warisan masih diperingkat awal operasinya,. Sebuah syarikat kecil dengan tiada trek rekod terdahulu untuk menyakinkan klien untuk memilih kami tetapi saya amat bersyukur apabila kami akhirnya berjaya mendapatkan tender tersebut.”

Hasil kejayaan dari projek pertama, kami telah mendapat keyakinan dari Majlis Pebandaran Kajang (MPKJ) pula. Saya tidak menyangka, hanya sekadar mencuba nasib, kami berjaya memperoleh tender dengan nilai RM274,832.00. Ya, saya masih ingat jelas lagi jumlah tender yang kami terima,” maklum Nurfitrrisari sambil tertawa.

Mengorak langkah baharu

Wanita  berusia 37 tahun ini sentiasa mengamalkan  semangat berkerja keras bagi mencapai kejayaan dan tidak pernah mengamalkan ‘taktik ‘kotor’ dalam mendapatkan tender kerajaan. Menurut beliau ia bergantung kepada  nilai integriti diri dan cara anda mempamerkan diri anda kepada orang lain. Sememangnya jaringan perniagaan yang kukuh amatlah penting dalam setiap bidang perniagaan tetapi yang lebih penting adalah mengetahui dan mengenali setiap barangan yang hendak anda perkenalkan.

“Jujur saya katakan bidang perniagaan ini amatlah mencabar bagi saya. Namun saya berasa sungguh gembira menceburi industri ini kerana bidang ini sungguh mengujakan dan saya berupaya mencabar sejauh mana kemampuan saya untuk pergi lebih jauh,” kongsi beliau lagi.

Dahulunya  sebuah syarikat yang kecil, Rimba Warisan mampu meletakkan dirinya sebaga sebuah syarikat berkembang maju secara organik. Tempoh lima tahun selepas penubuhan Rimba Warisan, syarikat itu  terus berkembang maju dengan lebih ramai pasukan pekerjanya.

Kini, beliau mempunyai 10 tukang jahit uniform serta 10 tenaga pekerja yang berkebolehan dalam penghasilan barangan perabot.

Rimba Warisan telah berjaya membekalkan uniform korporat dan barangan perabot kepada pelbagai agensi kerajaan antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan banyak lagi.

Semangat terus membara

Nurfitrrisari terus melangkah jauh bersama impian menceburi pembuatan pakaian dan seterusnya melancarkan jenama pakaiannya sendiri, FITEA. “Kami mempunyai sumber yang cukup untuk melaksanakannya. Ini adalah sesuatu yang saya sepatutnya lakukan sejak awal lagi. Dengan adanya FITEA, saya melihat jenama ini mampu membantu operasi kami sekiranya pandemik melanda sekali lagi.” jelas beliau.

Ditanya apakah kunci kepada motivasi kerjayanya dan bagaimana beliau kekal relevan dalam industri yang berkembang pesat ini, Nurfitrrisari menegaskan bahawa beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan kliennya. “Saya akan sentiasa mengambil peluang bertemu klien utama saya secara bersemuka bagi bertukar pandangan dan seterusnya memastikan kelancaran kerjasama kami. Ini akan membolehkan setiap proses kerja akan berjalan lancar mengikut jadual dan berkesan serta semua pihak akan berpuas hati.” kongsi beliau lagi.

Nurfitrrisari mengakui bahawa walaupun beliau adalah seorang ketua dalam syarikat, beliau tetap memastikan dirinya terlibat secara langsung dalam setiap proses kerja dari mula hingga akhir. “Ini bukan bermaksud saya tidak mempercayai kebolehan pekerja saya tetapi saya sendiri memang merasa teruja melakukan semua kerja-kerja tersebut. Saya  tidak boleh fokus berkerja jika terdapat kesalahan maklumat atau data-data yang tidak lengkap dalam proses menghasilkan tender . Maka apabila terdapat sebarang keperluanpenambahbaikan, saya akan lakukannya sendiri.”

Terus mengapai kecemerlangan

Mengusahakan sesebuah perniagaan boleh menjadi amat mencabar, terutamanya jika anda terpaksa melakukan semuanya secara sendiri. Anda perlu mempunyai satu pasukan yang kompeten dan cekap yang mampu bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan saling membantu dalam jatuh bangun perniagaan anda.

Tugas beliau sebagai seorang pengarah menjadikannya sentiasa sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan segera. Beliau turut berkongsi pengalaman buruk yang meninggalkan kesan amat mendalam kepada perniagaannya. Pengalaman penuh trauma ini mengajar beliau untuk menjadi lebih berhati-hati dalam mempercayai seseorang pada masa hadapan.

“Ini berlaku ketika saya masih dalam bahagian pembinaan dan  terpaksa melaksanakan beberapa tugas dalam satu masa. Saya berfikir, saya harus menyerahkan satu projek kepada salah seorang kakitangan saya. Saya letakkan sepenuh keyakinan saya untuk beliau uruskan projek tersebut dari awal hingga selesai.  Malangnya hasil kerjanya tidak menepati speksifikasi yang ditetapkan malah laporan yang diserahkan kepada saya ternyata amatlah berbeza daripada hasil kerjanya di tapak pembinaan tersebut.”

“Klien kerap mendesak saya untuk menyiapkan projek tersebut secepatnya. Saya berasa kecewa apabila segala kepercayaan saya dimusnahkan. Malah semua duit telah saya laburkan tetapi malangnya, projek tersebut tidak dapat disiap seperti yang dijanjikan! “Syarikat saya terpaksa melakukan semula kerja tersebut dari awal dan terpaksa menanggung kerugiannya sehingga  ke hari ini.

Penting untuk anda mengupah tenaga pekerja yang benar-benar boleh membantu bisnes anda dan bukannya menjatuhkan anda. “Jika tersalah percaturan, bersedialah untuk menghadapi kegagalan, inilah pengalaman pahit yang telah saya lalui dan saya belajar dari kesilapan tersebut.” nasihat beliau mengakhiri perbualan.

Share130Tweet82
Previous Post

Can You Get Sued Over A Bad Review? Here’s an Explanation From A Lawyer

Next Post

Scarcity of Labour Compels Investments In Automation For SMEs

Discussion about this post

Also Read

From Realtor to Selling Luxury Watches, Kontime Sets Up 6 Outlets In 2 Years

Dari Perunding Hartanah Kini Usahawan Jam Tangan Mewah, Kontime

3 years ago

About WargaBiz

WargaBiz is Malaysia’s first exclusive one-stop digital business platform to provide comprehensive coverage on start-ups and SMEs helmed by the Usahawan.

Read our full story.

  • About
  • Terms of Use
  • Privacy Policy
  • Job Opportunities
  • Contact Us

WargabizWargaLife

Designed by H

No Result
View All Result
  • Cover
  • Insights
  • Featured
  • Entrepreneurship
  • Money
  • Government
  • Events
  • Usahawan
  • 企业家
  • Pinnacle
    • Pinnacle of Success Business Award
    • Pinnacle Book of Fame

© 2024
WargaBiz Sdn Bhd - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this?
Contact H

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist